Syarat Penyertaan

TAPAK/KAWASAN ‘CARBOOT SALE’

  1. Satu Lot Parking/petak kereta yang sedia ada akan digunakan sebagai tapak untuk berniaga.
  2. Penganjur akan menjalankan sistem ‘Siapa Dulu Dia Dapat’/’First Come First Serve’.
  3. Penganjur akan menyediakan tapak perniagaan sahaja, segala peralatan perniagaan perlu dibawa sendiri. Tidak dibenarkan menggunakan khemah besar hanya payung atau khemah kecil sahaja dibenarkan mengikut saiz tapak tempat letak kereta (payung/khemah kecil empat segi tepat atau bulat bersaiz 6mx6m sahaja.
  4. Penjaja boleh menggunakan meja bersaiz kecil (dalam kawasan satu letak kereta yang diberikan), kerusi, tikar, canvas apa jua alas untuk meletak barang berniaga (tidak disediakan oleh penganjur).
  5. Barang jualan haruslah di susun rapi dihadapan bonet kereta masing-masing dan tidak melebihi dari kawasan tapak yang disediakan untuk mengelakkan gangguan kepada pengunjung/pejalan kaki.
  6. Tidak dibenarkan jual barangan yang dilarang oleh undang-undang Negara seperti dadah, Senjata dll.
  7. Saiz tapak berniaga ialah 6mx6m dan bayaran dikenakan sebanyak RM20.00 bagi setiap kemasukan sebuah petak.
  8. Jika perlu tapak tambahan, peserta dibenarkan untuk membeli satu tapak (dengan harga yang sama) agar tidak mengganggu penjaja lain.
  9. Tiada bekalan tenaga elektrik disediakan.
  10. Warganegara Malaysia.
  11. Berumur 18 tahun ke atas.
  12. Berkenderaan Jenis Kerata/MPV/SUV.
  13. Hanya Produk Jenis Kering (Bukan Makanan) Sahaja Dibenarkan.
  14. Sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak penganjur dari masa ke semasa.
  15. Satu Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
  16. Jika berlaku sebarang kemalangan kecederaan atau kematian adalah di bawah tanggungjawab sendiri.
  17. Pihak penganjur berhak menukar atau membatalkan sebarang syarat tanpa notis.