Sekitar Fiesta Gegar Sungai Kantan

      No Comments on Sekitar Fiesta Gegar Sungai Kantan

Sertai kami di Carboot Sale (CBS) Sungai Kantan, Kajang. Bermula  jam 6 pagi sehingga jam 12 tengahari dan akan diadakan pada setiap hari Sabtu. Hanya RM15 sahaja untuk satu petak setiap Sabtu

Pada 14 Disember 2019 (Sabtu) telah berlangsungnya Fiesta Gegar Sungai Kantan bertempat di Taman Belia Sungai Kantan.

Seawal 6.30 pagi para peniaga telah mula mengambil tempat dan aktiviti telah bermula dengan persembahan Aerodance pada jam 7.30 pagi.

fiesta gegar sungai kantan, aerodance

Seterusnya telah diadakan pertandingan sukan extreme seperti In-line street skating dan In-line speed skating race di sebelah pagi.

Walaupun hujan mula turun pada jam 10.30 pagi, pertandingan yang telah dirancang tetap dijalankan.

Di sebelah petang pula telah diadakan pertandingan Skateboard street skating, BMX Flatland dan persembahan Busking dan Drum Circle.

fiesta gegar sungai kantan

fiesta gegar sungai kantan

Fiesta Gegar Sungai Kantan telah diakhiri dengan penyampaian hadiah pertandingan B3 2019, penyampaian Sumbangan Back To School sumbangan Bersama Ahli Majlis Zon 14 Tuan Saharuddin bin Budin dan Carboot Sale Sungai Kantan – CBS SK. Sumbangan telah disampaikan oleh Ahli Majlis Zon 14 dan Ketua Kampung Sungai Kantan Tuan Mohd Khalid bin Reduan kepada 30 orang penerima sumbangan.Penerima menerima beg sekolah, alat tulis dan baucer keperluan sekolah bernilai RM100.

fiesta gegar sungai kantan

fiesta gegar sungai kantan

fiesta gegar sungai kantan, back to school

Semoga kita berjumpa lagi di tahun hadapan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan fiesta ini.

Gambar penuh disepanjang Fiesta Gegar Sungai Kantan boleh di dapati di dalam Facebook Rasmi Carboot Sale Sungai Kantan dan di laman web rasmi di  ruangan GALERI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *