Fiesta Gegar Sungai Kantan 14 Disember 2019

      No Comments on Fiesta Gegar Sungai Kantan 14 Disember 2019

Sertai kami di Carboot Sale (CBS) Sungai Kantan, Kajang. Bermula  jam 6 pagi sehingga jam 12 tengahari dan akan diadakan pada setiap hari Sabtu. Hanya RM15 sahaja untuk satu petak setiap Sabtu

Fiesta Gegar Sungai Kantan bertempat di Taman Belia Sungai Kantan akan diadakan di sekitar CBS SK pada 14 Disember 2019 Sabtu bermula dari jam 7 pagi – 7 malam.

BMX FLATLAND

DRUM CIRCLE

RETRO GAME

NERF GUN

BMX

SKATE

STRIDER

Sempena Fiesta Gegar Sungai Kantan ini, Carboot Sale Sungai Kantan (CBS SK) bakal menyaksikan pertandingan sukan Extreme yang disertai oleh bukan sahaja atlit-atlit sukan extreme dari Malaysia malah dari beberapa negara asia seperti Indonesia, Thailand & lain-lain.

Antara senarai sukan Extreme yang bakal dipertandingkan pada hari Sabtu bersamaan dengan 14 Disember 2019 ini adalah (gambar sekadar hiasan):

1. In-line street skating
2. In-line speed skating race
3. Skateboard street skating
4. BMX Flatland
5. Busking dan Drum Circle

Selain daripada sukan  Extreme, aktiviti lain yang akan diadakan di CBS SK adalah:

  1. Karaoke – bayaran hanya RM2 untuk satu lagu
  2. Nerf Gun Shooting Range – oleh Darkalley
  3. Permainan Retro Gaming
  4. Aerodance – bermula seawal 7.30 pagi
  5. Pelbagai jualan harga murah tak masuk akal di Carboot Sale:)
  6. Live Band
  7. Penyampaian sumbangan Back To School  – Sumbangan bersama Ahli Majlis Zon 14 Tuan Saharuddin bin Bidin dan Carboot Sale Sungai Kantan (CBS SK)

So jangan lupa temujanji kita Sabtu 14 Disember 2019 ini ok. Penuhi cuti sekolah ini dengan menyertai kami di CBS SK.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *