Menarik di CBS SK 16 November 2019

      No Comments on Menarik di CBS SK 16 November 2019

Sertai kami di Carboot Sale (CBS) Sungai Kantan, Kajang. Bermula  jam 6 pagi sehingga jam 12 tengahari dan akan diadakan pada setiap hari Sabtu. Hanya RM15 sahaja untuk satu petak setiap Sabtu

CBS SK pada 16 November 2019 ini akan diadakan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung. Aktiviti yang dirancang adalah:

💢 Karaoke – Pada yang tak sempat nak tunjuk bakat sebelum ini bolehlah mencuba nasib pada 16 November ini. Hanya RM2 untuk satu lagu dan RM5 untuk 3 lagu

💢 Nerf Shooting Range – Harga untuk bermain adalah bermula dari RM2 sahaja

💢 Aerodance – Program ini akan diadakan pada setiap Sabtu di CBS SK. Penyertaan adalah PERCUMA bermula 7.30 pagi sehingga selesai. Kelas Aerodance pula akan diadakan pada setiap hari AHAD di dalam dewan Pusat Komuniti Sungai Kantan khusus untuk kaum HAWA sahaja. Bayaran penyertaan hanya RM10

💢 Pelbagai barangan bundle, preloved, buku, vintage, unik, pakaian wanita, pakaian lelaki, barangan baby, kosmetik dan lain-lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *