Apa beza BUNDLE dan PRELOVED?

      No Comments on Apa beza BUNDLE dan PRELOVED?

Sertai kami di Carboot Sale (CBS) Sungai Kantan, Kajang. Bermula  jam 6 pagi sehingga jam 12 tengahari dan akan diadakan pada setiap hari Sabtu. Hanya RM15 sahaja untuk satu petak setiap Sabtu

Barang BUNDLE adalah pakaian terpakai yang diimport dari luar negara dan kemudiannya akan dikumpulkan dan dibungkus dalam guni. Guni-guni ni pula akan dijual secara pukal kepada pembekal. Biasanya diimport daripada US, Jepun dan lain-lain negara. Ada juga barang yang baru selain daripada barangan terpakai kerana berkemungkinan besar barang tersebut tidak dipakai lagi atau barangan reject/stok lama dari kedai. Ada banyak barangan bundle seperti pakaian, kasut, selimut, langsir dan lain-lain barangan selagi barangan itu boleh dijual semula.

Barang PRELOVED pula ialah barang 2nd yang dijual oleh pemilik barang tersebut atas sebab dah tak nak pakai lagi ataupun atas sebab lain. Biasanya barang preloved ni baik lagi atas sebab baru sekali guna atau tak sesuai dipakai oleh pemilik.  Daripada membazir dan rosak tidak digunakan adalah lebih baik dijual. 

Nak dapatkan barang-barang BUNDLE & PRELOVED yang cantik2 dan dalam keadaan baik?

Boleh dapatkan di CARBOOT SALE SUNGAI KANTAN (CBS SK). Harga-harga serendah RM1 pun ada. Tak rugi beli.

Jom datang ke CBS SK setiap hari Sabtu dari 6am-12pm.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *