Program Derma Bahan Bacaan Terpakai

      No Comments on Program Derma Bahan Bacaan Terpakai

 

Kami daripada urusetia Carboot Sale Sungai Kantan (CBS SK) bercadang untuk mengadakan Program Derma Bahan Bacaan Terpakai di CBS Sungai Kantan pada 21 September 2019 ini untuk didermakan ke perpustakaan di sekolah-sekolah yang berada di sekitar CBS SK. Antara objektif program ini adalah bagi membantu menambah bahan-bahan bacaan di perpustakaan sekolah yg berada di sekitar kawasan CBS Sg. Kantan yg sudah berusia.

Daripada bahan-bahan bacaan terpakai yang berada di rumah anda dibuang di dalam tong sampah begitu sahaja dan terbiar di rak rumah , adalah lebih baik didermakan bahan-bahan bacaan itu supaya ilmu di dalam buku-buku tersebut dapat digunapakai oleh orang lain yang mungkin sangat memerlukan bahan bacaan tersebut.

Walaubagaimanapun program ini masih di dalam fasa perangkaan kerana yang penting kami memerlukan sokongan anda semua terutama sekali sokongan daripada pihak sekolah yg mungkin berminat dan boleh memberi kerjasama. Jika ada pihak sekolah yang ingin berkerjasama bagi menjayakan program ini, anda boleh hubungi En.Shahrul bagi menjayakan program ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *