Pertandingan Mengambil Gambar Paling Kreatif

      No Comments on Pertandingan Mengambil Gambar Paling Kreatif

 

PERHATIAN BUAT SEMUA BAKAL PENGUNJUNG CBS SG. KANTAN

Salam dan selamat petang warga CBS Sungai Kantan.

Dengan gembiranya kami ingin memaklumkan kepada anda semua peniaga-peniaga dan bakal-bakal gunjung Carboot Sale Sungai Kantan (CBS SK) bahawa kami akan menganjurkan ‘Pertandingan Mengambil Gambar Paling Kreatif’ di CBS Sungai Kantan yg akan berlangsung pada 14 September 2019.

Pertandingan Mengambil Gambar Paling Kreatif, carboot sale sungai kantan, tema 60-an

Gambar hanya boleh diambil di lokasi-lokasi yang telah disediakan oleh pihak kami yg terletak berdekatan dengan meja Urusetia CBS SK.

Terdapat beberapa lokasi yang telah dibina khas dan juga prop yang telah disediakan khas oleh pihak urusetia bagi tujuan pertandingan mengambil gambar paling kreatif ini. Caj RM2 akan dikenakan bagi setiap penyertaan.

Anda boleh ambil seberapa banyak gambar yang anda ingini dan kemudian share gambar anda itu di instagram kami dengan hashtag #cbssk. Anda juga perlu masukkan info-info page rasmi kami yg lain di caption gambar tersebut. Info2 yg anda perlu masukkan di ruang caption gambar anda adalah seperti di bawah ini:

– Website: www.carboot.com.my
– IG: cbs_sungaikantan
– Facebook: Carboot Sale Sungai Kantan (CBS SK)
– Youtube Channel: carboot sk

Gambar yang paling kreatif dengan ‘like’ yang banyak akan memenangi hadiah berupa wang ringgit RM100. Hadiah akan diberikan kepada seorang pemenang sahaja & tempoh memuatnaik gambar akan tamat pada tarikh 30 September 2019 pada pukul 12pm. Kami akan menghubungi pemenang pada 3 Oktober 2019 & penyampaian hadiah akan dibuat pada 5 Oktober 2019 bersamaan dengan hari Perasmian Carboot Sale Sungai Kantan (CBS SK). Pihak penganjur berhak untuk membatalkan mana-mana penyertaan yang tidak memenuhi syarat2 penyertaan.

Jadi set up camera phone anda baik-baik hari ini & kita jumpa pada 14 September 2019 (esok pagi) di Carboot Sale Sungai Kantan (CBS SK).

Jangan lupa tau 🙂

Pertandingan Mengambil Gambar Paling Kreatif, carboot sale sungai kantan, tema 60-an

Pertandingan Mengambil Gambar Paling Kreatif, carboot sale sungai kantan, tema 60-an

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *