CBS Sungai Kantan – 7 Sept 2019

      No Comments on CBS Sungai Kantan – 7 Sept 2019

 

Alhamdulillah, pada 7 September 2019 (Sabtu) yang lalu, CBS SK telah berjaya diadakan buat kali pertama. Seawal jam 6 pagi, para peniaga telah mula datang bagi sama-sama memeriahkan CBS SK dan seramai 40 peniaga telah menyertai CBS SK ini.

Pelbagai program dan aktiviti telah dijalankan serentak iaitu:

  1. Carboot
  2. Kajang Mini Toys Exhibition
  3. Push Bike
  4. Nerf Gun Range
  5. Beyblade Competition
  6. Futsal
  7. Yoyo Demo

Program Carboot telah dimulakan dengan nyanyian Negaraku dan lagu Negeri Selangor sempena bulan kemerdekaan Malaysia. Program diteruskan dengan bacaan doa dan seterusnya ucapan perasmian oleh Ahli Majlis Zon 14, Majlis Perbandaran Kajang En Saharuddin bin Budin.

CBS SK 7 SEPT 2019

CBS SK 7 SEPT 2019

Sambutan sangat menggalakkan dengan kehadiran pengunjung ke CBS SK ini. Dengan adanya program dan aktiviti sampingan seperti ini dapat meningkatkan ekonomi peniaga CBS SK dan penduduk setempat selain mengisi masa lapang dengan pelbagai aktiviti yang diadakan di sekitar Taman Belia Sungai Kantan.

CBS SK 7 Sept 2019

Insya allah, kami sebagai penganjur akan buat yang terbaik pada minggu-minggu akan datang. Segala komen untuk tujuan penambahbaikan amatlah dialu-alukan. Nantikan aktiviti menarik di CBS SK pada 14hb September 2019 nanti. 🙂

CBS SK 7 Sept 2019

Gambar-gambar sepanjang CBS SK pada 7 September 2019 boleh didapati di ruangan Galeri.

Join Facebook kami di Carboot Sale Sungai Kantan (CBS SK)
Follow IG kami di cbs_sungaikantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *